Saturday, October 27, 2012

pengorbanan

salam

sempena hari raya korban saia ada satu kesah sedih ingin saya kongsi dengan anda.

manusia ini pelik,terlalu banyak kisah dan ragam nya.
 ada pepatah yang saia biasa dengar mengatakan bahawa:
"seorang ibu mampu menjaga sembilan orang anak,tapi sembilan orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu" 


seorang ibu di masukkan ke hospital kerana mengalami lumpuh sebelah badan.dimana ibu ini x mampu melakukan aktiviti secara bebas dan pergerakkan nya adalah terhad.

pada suatu hari anak lelakinya datang bersama kekasihnya dengan niat ingin menjengguk keadaan ibunya.ketika anaknya datang ibunya hanya sedang berbaring di katil.
kekasih menunjukkan riak muka yang tidak senang dengan keadaan dan bau hospital.malahan dia mengejek pesakit yang berada di sebelah katil ibu teman lelakinya.

ketika jururawat hendak menukar lampin ibunya,si anak dan kekasihnya memakai topeng dan sarung tangan.ingatkan nak bantu jururawat rupanya tak tahan dengan bau najis ibu sendiri.sebelum  anak nya meninggalkan wad itu kekasihnya membetulkan selimut ibu teman lelakinya,tapi pegang hanya di hujung selimut kononnya geli dengan selimut yang bernajis.

selama ini ibu membesarkan kita dengan penuh pengorbaan,membersihkan najis kita tanpa ada sedikit pon rasa jijik tapi balasan yang di terima daripada anak sungguh mengecewakan.
oleh itu jagalah hati ibu anda sebelum terlambat semoga kita terdiri dari golongan anak-anak soleh dan soleha


No comments :

Post a Comment